Sejarah penubuhan
Dari Kampung Sinaran Baru ke Sayo City
Koperasi Sejahtera Johor Berhad (KSJB) ditubuhkan untuk membangunkan aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan serta memberi manfaat kepada anggota. Idea menceburi bidang agro pertanian bermula apabila terdapat anggota yang menjalankan perniagaan Agro Farm di Kampung Sinaran Baru.
Selepas kunjungan pegawai Iskandar Regional Development Authority (IRDA), aktiviti agro tersebut dicadangkan untuk dikembangkan melalui koperasi supaya dapat meneroka peluang pembangunan dan memohon geran pertanian. Koperasi kemudiannya memperoleh tapak sewaan di kawasan Angsana Johor Bahru Mall, yang dibangunkan secara berperingkat sebagai Sayo City Agro Farm.
Didaftarkan 11 Ogos 2022
No. pendaftaran 202262501523.
68 anggota
Modal syer dan yuran anggota berjumlah RM72,000.
Tiga bidang
Pertanian dan agropelancongan, operator tadika, pengurusan hartanah.